1stheader

1stheader

headerkm

headerkm
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Monday, August 22, 2011

#18: Kuih Sagu

Ada jugak orang panggil Kuih Telur Katak.


Bahan-bahan:

Sagu (Direndam dan ditapis)
Air
Gula
Pewarna
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara:

1| Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula. Kemudian masukkan pewarna. Kacau sehingga rata dan masukkan sagu. Kacau lagi sehingga masak iaitu sehingga sagu tidak lagi kelihatan keras.


2| Masukkan ke dalam bekas lain dan tunggu hingga sejuk. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.


3| Gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.


4| Sedap untuk dinikmati ketika masih sejuk. :D


** Biasanya kuih sagu dibuat warna merah jambu, saja tukar warna hijau plak. ; )

Monday, August 15, 2011

#15: Roti Jala Kuah Durian

Mula-mula sediakan kuah durian terlebih dahulu.


KUAH DURIAN

Bahan-bahan:

Isi durian secukupnya
Tepung gandum
Air
Gula
Garam
Santan
Daun pandan

Cara-cara:

1| Masukkan daun pandan dan isi durian ke dalam periuk.


2| Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk bersama gula dan tuang santan.


3| Bancuh dan kacau kesemuanya. Semasa membancuh, masukkan sedikit garam supaya kuah menjadi lebih lemak.


4| Masak bancuhan tersebut hingga mendidih.

** Kuah durian ni juga boleh dimakan dengan roti putih.


ROTI JALA

Bahan-bahan:

Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Garam
Pewarna Kuning
2 biji Telur
Air
Daun pandan (Untuk menyapu minyak pada kuali)

Cara-cara:

1| Masukkan tepung gandum, garam, pewarna kuning dan telur ke dalam bekas. Bancuhkan dengan air. Pastikan tidak terlalu pekat.


2| Tapis bancuhan yang telah sebati. Tujuannya untuk mengasingkan ketulan-ketulan yang terdapat dalam bancuhan.


3| Panaskan kuali. Sapu minyak pada kuali menggunakan daun pandan.


4| Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala, dan tiraikan di atas kuali. Alihkan ke bahagian sebelah lagi. Setelah garing, angkat dan lipat atau gulung roti jala tersebut.


5| Siap untuk dinikmati! :D


** Roti jala juga boleh dinikmati bersama kuah kari.

Friday, August 5, 2011

#10: Buah Melaka

Buah Melaka, atau sesetengah orang kat tempat lain panggil sebagai Onde-onde.


Bahan-bahan:

Tepung pulut
Sedikit air kapur
Pewarna hijau
Air
Gula Melaka (Dikacip/dipotong dadu)
Kelapa (Telah diparut)
Garam

Cara-cara:

1| Masukkan tepung pulut, sedikit air kapur, pewarna hijau dan air ke dalam bekas. Gaul hingga sebati.



2| Cubit sedikit adunan tepung, isikan gula melaka ke dalamnya dan gentel hingga bulat. Pastikan saiz tidak terlalu besar sebab ia akan mengembang apabila dimasak.




3| Didihkan air, kemudian masukkan satu-persatu buah melaka yang telah digentel. Apabila telah masak, ia akan terapung sendiri.



4| Gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.



5| Siap! : )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...