1stheader

1stheader

headerkm

headerkm

Friday, August 26, 2011

#27: Koey Teow Goreng Cina


Bahan-bahan:

1-2 ulas Bawang putih (Ditumbuk)
Carrot
Kobis
Isi ayam/fish ball
Serbuk lada sulah/lada hitam
Garam
Serbuk perisa Ajinomoto
Koey Teow
Air
1 biji Telur

Cara-cara:

1| Tumis bawang putih. Masukkan isi ayam/fish ball. Kemudian masukkan carrot dan kobis.

2| Setelah empuk, masukkan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa bersama sedikit garam dan serbuk perisa Ajinomoto. Kacau rata.

3| Masukkan koey teow. Tambah sedikit air jika agak kering dan kacau.

4| Pecahkan telur ke bahagian tengah kuali. Kacau telur, kemudian gaul rata kesemuanya. Goreng hingga masak dan sedia untuk dihidang.

#26: Biskut Almond London

Bahan-bahan:

2 cawan (250 gram) Gula icing
2 ketul (500 gram) Mentega
4 biji Kuning telur
2 sudu Esen vanilla
Tepung gandum
Badam
Coklat masakan (Dicairkan)
Badam hancur


*Hidangan: Anggaran 300 biji

Cara-cara:

1| Pukul gula icing dan mentega hingga sebati.



2| Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.



3| Masukkan tepung gandum secukupnya dan pukul. Gaulkan hingga membentuk doh yang tidak terlalu lembik atau keras.



4| Cubit sedikit adunan dan masukkan badam ke dalamnya, kemudian gentel. Masukkan ke dalam mangkuk kertas.



5| Bakar pada suhu lebih kurang 120°C-130°C selama 15-20 minit.

6| Tuangkan coklat masakan yang telah dicairkan ke atas biskut yang telah dibakar. Taburkan badam hancur ke atasnya sebelum coklat kering.



7| Sedia untuk dinikmati! ;D



Wednesday, August 24, 2011

#25: Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

150 gram Cornflakes
50 gram Mentega
6 sudu besar Madu
Badam hancur
Chocolate rice

*Hidangan: Anggaran 70-80 biji

Cara-cara:

1| Cairkan mentega dan madu pada api sederhana. Kacau sehingga mentega cair.


2| Hancurkan cornflakes di dalam mangkuk. Campurkan dengan badam hancur.


3| Kemudian tuang mentega dan madu yang telah dipanaskan ke dalam mangkuk. Gaul rata.


4| Masukkan ke dalam mangkuk kertas. Taburkan chocolate rice. Bakar pada suhu bersesuaian selama 15-20 minit.


5| Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


#24: Biskut Koko Krunch

Bahan-bahan:

150 gram Mentega
2 biji Kuning telur
1 biji Putih telur
175 gram Gula icing
260 gram Tepung gandum
3 sudu besar Serbuk koko
Koko Krunch

*Hidangan: Anggaran 100 biji

Cara-cara:

1| Pukul mentega, gula dan telur. Gaul rata. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Pukul hingga sebati.



2| Bentukkan menjadi doh, dan tutup dengan plastik. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.


3| Keluarkan doh, bulatkan kecil-kecil. Hiaskan Koko Krunch di atasnya dan bubuh di dalam mangkuk kertas.


4| Bakar pada suhu bersesuaian sehingga masak. Sejukkan, dan simpan dalam bekas kedap udara.


Monday, August 22, 2011

#23: Kek Kukus Colourful

Bahan-bahan:

3 atau 4 biji Telur
250 gram Gula pasir
2 sudu kecil Ovalette
1 sudu kecil Esen vanilla
300 gram Tepung gandum (Diayak)
1 sudu kecil Baking soda
250 ml Santan
Pewarna

Cara-cara:

1| Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul lagi.


2| Masukkan tepung gandum, baking soda dan santan secara sedikit demi sedikit dan bancuh hingga sebati.


3| Bahagikan kepada tiga bahagian, warnakan mengikut citarasa anda.


4| Tuang satu persatu lapisan warna ke dalam loyang sehingga habis.

5| Panaskan periuk kukus. Setelah air mendidih, masukkan loyang ke dalamnya. Tunggu hingga masak iaitu lebih kurang 1 jam.

6| Sejukkan, kemudian siap untuk dihidang.


#22: Kuih Siput

Bahan-bahan:

Udang kering
3 biji Cili merah
4-5 ulas Bawang merah
Jintan manis
2 biji Telur
Marjerin
Sedikit garam
Tepung gandum
Daun kari

Cara-cara:

1| Kisarkan udang kering, cili merah, bawang merah dan jintan manis.

2| Pukul telur, marjerin dan garam hingga kembang.


3| Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Pukul lagi, dan masukkan tepung. Uli adunan hingga menjadi doh yang sebati.


4| Bentukkan seperti siput menggunakan acuan.


5| Goreng dan taburkan daun kari ke dalam kuali. Angkat setelah garing. Sedia untuk dimakan! :D


#21: Biskut Arab

Bahan-bahan:

Minyak sapi
Tepung gandum
Gula pasir (Dikisar)

Cara-cara:

1| Panaskan minyak sapi.


2| Tuang minyak sapi ke dalam tepung gandum ketika masih panas. Bancuh segera.


3| Uli hingga membentuk doh. Pastikan adunan tidak terlalu lembik.


4| Gentel kecil-kecil dan bulat-bulat adunan tersebut dan susun di atas loyang.


5| Bakar pada suhu antara 100°C-150°C hingga masak. Biarkan sejuk seketika, kemudian salutkan dengan gula pasir.


6| Siap! : )


#20: Biskut Mazola

Also known as Biskut Kacang.


Bahan-bahan:

 2 mangkuk Kacang tanah (Digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar)
1 3/4 mangkuk Gula pasir (Dikisar)
2 mangkuk Tepung gandum
Minyak jagung Mazola
Kuning telur

Cara-cara:

1| Masukkan kacang dan gula ke dalam bekas. Tuang minyak jagung Mazola sedikit demi sedikit.



2| Bancuh dan uli adunan sehingga tidak melekat pada bekas. Jika minyak jagung terkurang, ia boleh ditambah.



3| Uli adunan hingga membentuk doh yang sebati.



4| Canai sedikit adunan dengan ketebalan sederhana.



5| Terap mengikut acuan kegemaran anda.



6| Sapu kuning telur pada permukaan atas kuih.



7| Bakar pada suhu lebih kurang 120°C-150°C hingga masak kekuningan.



#19: Paprik Ayam

Bahan-bahan:

Ayam (Dipotong kecil-kecil)
Serbuk lada sulah
Bawang putih
Daun limau purut
Sos tomato
Sos cili
sos tiram
Air
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Bawang besar
Cili padi (Diketuk)
Garam
Serbuk perisa Ajinomoto

Cara-cara:

1| Perap ayam dengan serbuk lada sulah. Bancuh sos tomato, sos cili dan sos tiram dengan air.

2| Goreng ayam hingga sedikit masak. Angkat dan ketepikan.


3| Tumis bawang putih dan daun limau purut. Kemudian tuang bancuhan sos ke dalam kuali.


4| Masukkan satu-persatu jenis sayur-sayuran iaitu carrot, bunga kobis dan kacang panjang. Tunggu seketika, apabila hampir mendidih masukkan garam dan serbuk perisa Ajinomoto secukup rasa.


5| Masukkan ayam yang telah digoreng sebelum ini.


6| Kemudian masukkan bawang besar dan cili padi.


7| Siap! :D


#18: Kuih Sagu

Ada jugak orang panggil Kuih Telur Katak.


Bahan-bahan:

Sagu (Direndam dan ditapis)
Air
Gula
Pewarna
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara:

1| Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula. Kemudian masukkan pewarna. Kacau sehingga rata dan masukkan sagu. Kacau lagi sehingga masak iaitu sehingga sagu tidak lagi kelihatan keras.


2| Masukkan ke dalam bekas lain dan tunggu hingga sejuk. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.


3| Gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.


4| Sedap untuk dinikmati ketika masih sejuk. :D


** Biasanya kuih sagu dibuat warna merah jambu, saja tukar warna hijau plak. ; )

Tuesday, August 16, 2011

#17: Ikan Bawal Tiga Rasa

Bahan-bahan:

Ikan bawal
Garam
Serbuk lada sulah
Telur
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Cili boh
Sos cili
Sos tomato
Air
Tomato (Sebagai hiasan)

Cara-cara:

1| Perap ikan bersama garam, serbuk lada sulah dan telur selama 1 jam.


2| Masukkan cili boh, sos cili, sos tomato dan air ke dalam periuk, kemudian masak.


3| Apabila mendidih, masukkan cili merah, cili hijau dan sedikit garam. Tutup api setelah masak.


4| Goreng ikan yang telah diperap sehingga garing. Apabila siap, angkat dan letak ke dalam pinggan.


5| Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan-ikan tersebut. Boleh dihias dengan hirisan tomato. Sedia dinikmati! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...