1stheader

1stheader

headerkm

headerkm
Showing posts with label Kuah. Show all posts
Showing posts with label Kuah. Show all posts

Monday, August 22, 2011

#19: Paprik Ayam

Bahan-bahan:

Ayam (Dipotong kecil-kecil)
Serbuk lada sulah
Bawang putih
Daun limau purut
Sos tomato
Sos cili
sos tiram
Air
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Bawang besar
Cili padi (Diketuk)
Garam
Serbuk perisa Ajinomoto

Cara-cara:

1| Perap ayam dengan serbuk lada sulah. Bancuh sos tomato, sos cili dan sos tiram dengan air.

2| Goreng ayam hingga sedikit masak. Angkat dan ketepikan.


3| Tumis bawang putih dan daun limau purut. Kemudian tuang bancuhan sos ke dalam kuali.


4| Masukkan satu-persatu jenis sayur-sayuran iaitu carrot, bunga kobis dan kacang panjang. Tunggu seketika, apabila hampir mendidih masukkan garam dan serbuk perisa Ajinomoto secukup rasa.


5| Masukkan ayam yang telah digoreng sebelum ini.


6| Kemudian masukkan bawang besar dan cili padi.


7| Siap! :D


Monday, August 15, 2011

#15: Roti Jala Kuah Durian

Mula-mula sediakan kuah durian terlebih dahulu.


KUAH DURIAN

Bahan-bahan:

Isi durian secukupnya
Tepung gandum
Air
Gula
Garam
Santan
Daun pandan

Cara-cara:

1| Masukkan daun pandan dan isi durian ke dalam periuk.


2| Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk bersama gula dan tuang santan.


3| Bancuh dan kacau kesemuanya. Semasa membancuh, masukkan sedikit garam supaya kuah menjadi lebih lemak.


4| Masak bancuhan tersebut hingga mendidih.

** Kuah durian ni juga boleh dimakan dengan roti putih.


ROTI JALA

Bahan-bahan:

Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Garam
Pewarna Kuning
2 biji Telur
Air
Daun pandan (Untuk menyapu minyak pada kuali)

Cara-cara:

1| Masukkan tepung gandum, garam, pewarna kuning dan telur ke dalam bekas. Bancuhkan dengan air. Pastikan tidak terlalu pekat.


2| Tapis bancuhan yang telah sebati. Tujuannya untuk mengasingkan ketulan-ketulan yang terdapat dalam bancuhan.


3| Panaskan kuali. Sapu minyak pada kuali menggunakan daun pandan.


4| Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala, dan tiraikan di atas kuali. Alihkan ke bahagian sebelah lagi. Setelah garing, angkat dan lipat atau gulung roti jala tersebut.


5| Siap untuk dinikmati! :D


** Roti jala juga boleh dinikmati bersama kuah kari.

#14: Sambal Petai & Udang

Bahan-bahan:

6 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
Cili Kering (Direbus)
Air
Udang
Petai (Direbus)
Gula
Garam
Asam Jawa

Cara-cara:

1| Kisarkan bawang merah, bawang putih dan juga cili kering yang telah direbus.

2| Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.


3| Setelah mendidih, masukkan udang.


4| Biar seketika, masukkan petai.


5| Tunggu sehingga mendidih, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, perah sedikit air asam jawa. Apabila telah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. :D


Sunday, August 7, 2011

#12: Tomyam Campur

Bahan-bahan:

3-4 batang serai (Diketuk)
Halia (Ditumbuk)
Lengkuas (Ditumbuk)
Air
Daun limau purut
1 ulas bawang besar
2 biji tomato
1 batang lobak merah
Bunga kobis
Ayam
Udang
1 Kiub Sup Tomyam
1 paket Perencah/Pes Tomyam
Cili padi
Garam
Limau nipis

Cara-cara:

1| Tumis serai, halia dan lengkuas.


2| Kemudian masukkan isi ayam dan udang, tuang air hingga tenggelam kesemuanya.


3| Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Tutup periuk supaya sayur-sayur tersebut cepat empuk.


4| Apabila telah mendidih, masukkan kiub sup tomyam, perencah/pes tomyam dan cili padi. Kacau sebati.


5| Masukkan pula bawang besar, tomato dan daun limau purut. Kacau dan setelah agak masak, masukkan garam secukup rasa.


6| Tutup api apabila telah masak dan perahkan sedikit air limau nipis. Siap untuk dimakan! :)


** Boleh juga masukkan bunga jagung, cendawan, daging dan sotong! :D

Saturday, August 6, 2011

#11: Gulai Ikan Kering

Gulai Ikan Kering aka Gulai Ikan Masin aka Kari Ikan Kering aka Kari Ikan Masin.


Bahan-bahan:

1 paket kecil Rempah Kari Ikan
10 ulas Bawang Merah (5 ulas ditumbuk dan 5 ulas dihiris halus)
8 ulas Bawang Putih (4 ulas ditumbuk dan 4 ulas dihiris halus)
Air panas
Daun kari
Santan
Ikan Kering
Terung
Garam

Cara-cara:

1| Masukkan rempah dan air panas ke dalam bekas, kemudian campurkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama sedikit pati santan. Kacau hingga sebati.

2| Masukkan terung dan ikan kering ke dalam periuk, kemudian tuang bersama bancuhan rempah. Buka api, dan tutup periuk. Tunggu sehingga terung empuk.


3| Tuang lebihan santan. Tunggu seketika hingga mendidih.


4| Apabila mendidih masukkan garam secukup rasa. Biar seketika sehingga masak, kemudian tutup api.


5| Panaskan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari. Setelah kekuningan ataupun sedikit layu, tutup api.


6| Tuangkan tumisan tersebut ke dalam periuk kuah yang telah masak tadi.


7| Siap untuk dihidang! :)


** Teknik ini dinamakan "tumis atas darat" (panggilan sebelah Utara, tempat lain tak tahu la, hee). Sebabnya cara masakan gulai ni tak ditumis masa mula-mula, tapi masa akhir masakan. Cara ni lebih sedap sebab bau kuah akan lebih wangi. Cara ni juga sesuai dibuat untuk masakan Kurma! :D

Thursday, August 4, 2011

#8: Kuah Kacang

Bahan-bahan:

Kacang tanah (Digoreng tanpa minyak)
Bawang merah
Cili kering
Gula
Garam
Air masak
Asam jawa

Cara-cara:

1| Goreng bawang merah dan cili kering dengan menggunakan minyak yang sedikit. Setelah agak garing, tutup api dan biar sejuk seketika.


2| Kisar kacang tanah yang telah dibuang kulit selaput sehingga halus.


3| Setelah bawang merah dan cili kering yang sudah digoreng telah sejuk, kisarkan bahan-bahan tersebut bersama air masak dan gula sehingga halus.


4| Bancuh bahan-bahan yang telah dikisar bersama air masak dan garam. Setelah itu perah sedikit air asam jawa. Siap untuk dimakan bersama cucur udang! :)


Wednesday, August 3, 2011

#6: Pajeri Terung

Bahan-bahan:

2 paket kecil Rempah Kari Daging
Air panas
Kerisik
10 ulas Bawang Merah (5 ulas ditumbuk, 5 ulas dihiris halus)
8 ulas Bawang Putih (4 ulas ditumbuk, 4 ulas dihiris halus)
Halia (Sedikit ditumbuk, dan sedikit lagi dihiris halus)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Santan (Sukatan bergantung kepada citarasa kepekatan/kecairan yang disukai)
Terung
3 sudu besar Gula
Garam

Cara-cara:

1| Masukkan rempah, air panas, kerisik, bawang-bawang dan halia yang telah ditumbuk dan pati santan ke dalam bekas.


2| Panaskan periuk, tumis bawang-bawang dan halia yang telah dihiris halus, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.


3| Setelah kekuningan, tuang bancuhan rempah ke dalam periuk.


4| Tutup periuk seketika, dan tunggu sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan gula. Kacau rata, dan tutup semula periuk agar gula hancur.


5| Masukkan terung, tambah sedikit air. Tutup periuk dan tunggu sehingga terung masak.


6| Masukkan lebihan santan. Tunggu sehingga hampir masak, masukkan garam secukup rasa.


7| Setelah siap, pajeri terung sudah boleh dinikmati! :D


Wednesday, July 20, 2011

#4: Kuah Lontong/Lodeh

Kuah lontong ataupun dikenali jugak sebagai masak lodeh. : )

Bahan-bahan:

Kacang panjang
Sayur pucuk
Su'un
Kobis
Kentang
Carrot
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Terung
Tempe
Tauhu
Daging
Sengkuang
Lengkuas
Udang kering
Halia
Serai
Asam keping
Santan
Garam
Serbuk kunyit

* Hidangan: 10 orang ++

Cara-cara:

~ Rendam udang kering
~ Rendam sayur pucuk & su'un
~ Rendam kentang, terung & carrot
~ Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & udang kering
~ Goreng tauhu & tempe
~ Rebus daging
~ Serai diketuk


1| Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering yang telah dikisar.
2| Tunggu sehingga berbau wangi, tuang secawan air, masukkan carrot, kentang dan daging. Pastikan tenggelam supaya bahan-bahan menjadi empuk.


3| Tutup periuk sedikit supaya bahan-bahan empuk. Kemudian masukkan kacang panjang.


4| Tutup periuk seketika, kemudian masukkan terung dan serai.


5| Masukkan pula kobis dan sengkuang.


6| Masukkan sayur pucuk dan su'un.


7| Tuangkan separuh santan, masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng.


8| Tabur sedikit serbuk kunyit.


9|  Kacau rata, masukkan garam secukup rasa. Taburkan bawang besar dan cili merah.


10| Tambah lebihan pati santan apabila telah mendidih, dan masukkan dua keping asam keping.


11| Tunggu hingga mendidih, jika kuah sudah cukup rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang! : )


* Cadangan hidangan: Dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang. Juga boleh dimakan dengan sambal sotong, sambal bilis, rendang ataupun serunding mengikut selera masing-masing. =D

♡♡♡♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...