1stheader

1stheader

headerkm

headerkm
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Monday, August 22, 2011

#19: Paprik Ayam

Bahan-bahan:

Ayam (Dipotong kecil-kecil)
Serbuk lada sulah
Bawang putih
Daun limau purut
Sos tomato
Sos cili
sos tiram
Air
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Bawang besar
Cili padi (Diketuk)
Garam
Serbuk perisa Ajinomoto

Cara-cara:

1| Perap ayam dengan serbuk lada sulah. Bancuh sos tomato, sos cili dan sos tiram dengan air.

2| Goreng ayam hingga sedikit masak. Angkat dan ketepikan.


3| Tumis bawang putih dan daun limau purut. Kemudian tuang bancuhan sos ke dalam kuali.


4| Masukkan satu-persatu jenis sayur-sayuran iaitu carrot, bunga kobis dan kacang panjang. Tunggu seketika, apabila hampir mendidih masukkan garam dan serbuk perisa Ajinomoto secukup rasa.


5| Masukkan ayam yang telah digoreng sebelum ini.


6| Kemudian masukkan bawang besar dan cili padi.


7| Siap! :D


Tuesday, August 16, 2011

#17: Ikan Bawal Tiga Rasa

Bahan-bahan:

Ikan bawal
Garam
Serbuk lada sulah
Telur
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Cili boh
Sos cili
Sos tomato
Air
Tomato (Sebagai hiasan)

Cara-cara:

1| Perap ikan bersama garam, serbuk lada sulah dan telur selama 1 jam.


2| Masukkan cili boh, sos cili, sos tomato dan air ke dalam periuk, kemudian masak.


3| Apabila mendidih, masukkan cili merah, cili hijau dan sedikit garam. Tutup api setelah masak.


4| Goreng ikan yang telah diperap sehingga garing. Apabila siap, angkat dan letak ke dalam pinggan.


5| Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan-ikan tersebut. Boleh dihias dengan hirisan tomato. Sedia dinikmati! :D


Sunday, August 7, 2011

#12: Tomyam Campur

Bahan-bahan:

3-4 batang serai (Diketuk)
Halia (Ditumbuk)
Lengkuas (Ditumbuk)
Air
Daun limau purut
1 ulas bawang besar
2 biji tomato
1 batang lobak merah
Bunga kobis
Ayam
Udang
1 Kiub Sup Tomyam
1 paket Perencah/Pes Tomyam
Cili padi
Garam
Limau nipis

Cara-cara:

1| Tumis serai, halia dan lengkuas.


2| Kemudian masukkan isi ayam dan udang, tuang air hingga tenggelam kesemuanya.


3| Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Tutup periuk supaya sayur-sayur tersebut cepat empuk.


4| Apabila telah mendidih, masukkan kiub sup tomyam, perencah/pes tomyam dan cili padi. Kacau sebati.


5| Masukkan pula bawang besar, tomato dan daun limau purut. Kacau dan setelah agak masak, masukkan garam secukup rasa.


6| Tutup api apabila telah masak dan perahkan sedikit air limau nipis. Siap untuk dimakan! :)


** Boleh juga masukkan bunga jagung, cendawan, daging dan sotong! :D

Saturday, August 6, 2011

#11: Gulai Ikan Kering

Gulai Ikan Kering aka Gulai Ikan Masin aka Kari Ikan Kering aka Kari Ikan Masin.


Bahan-bahan:

1 paket kecil Rempah Kari Ikan
10 ulas Bawang Merah (5 ulas ditumbuk dan 5 ulas dihiris halus)
8 ulas Bawang Putih (4 ulas ditumbuk dan 4 ulas dihiris halus)
Air panas
Daun kari
Santan
Ikan Kering
Terung
Garam

Cara-cara:

1| Masukkan rempah dan air panas ke dalam bekas, kemudian campurkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk bersama sedikit pati santan. Kacau hingga sebati.

2| Masukkan terung dan ikan kering ke dalam periuk, kemudian tuang bersama bancuhan rempah. Buka api, dan tutup periuk. Tunggu sehingga terung empuk.


3| Tuang lebihan santan. Tunggu seketika hingga mendidih.


4| Apabila mendidih masukkan garam secukup rasa. Biar seketika sehingga masak, kemudian tutup api.


5| Panaskan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari. Setelah kekuningan ataupun sedikit layu, tutup api.


6| Tuangkan tumisan tersebut ke dalam periuk kuah yang telah masak tadi.


7| Siap untuk dihidang! :)


** Teknik ini dinamakan "tumis atas darat" (panggilan sebelah Utara, tempat lain tak tahu la, hee). Sebabnya cara masakan gulai ni tak ditumis masa mula-mula, tapi masa akhir masakan. Cara ni lebih sedap sebab bau kuah akan lebih wangi. Cara ni juga sesuai dibuat untuk masakan Kurma! :D

Friday, July 15, 2011

#3: Kari Ikan Sembilang

Orang Kedah panggil Gulai Ikan! : )


+Ikan sembilang+


Bahan-bahan:


2 paket kecil Rempah Kari Ikan
Air panas
10 ulas Bawang Merah (5 ulas ditumbuk, 5 ulas dihiris halus)
8 ulas Bawang Putih (4 ulas ditumbuk, 4 ulas dihiris halus)
Santan (Sukatan bergantung kepada citarasa kepekatan/kecairan yang disukai)
Sedikit Asam Jawa (Untuk diperah sedikit ke dalam santan)
Daun Kari
Halba campur
Ikan
Kacang Bendi
Garam
Serbuk Perisa Ajinomoto (Kalau taknak pun tak apa)


* Hidangan: 5-6 orang


Cara-cara:


1| Masukkan rempah ke dalam mangkuk.




2| Masukkan air panas dan bawang-bawang yang telah ditumbuk.




3| Kemudian masukkan sedikit pati santan yang belum bercampur perahan asam jawa, kacau rata dan biarkan.




4| Panaskan periuk, tumis bawang-bawang yang telah dihiris halus bersama daun kari. Biar seketika, kemudian masukkan halba campur.




5| Setelah tumisan berwarna kekuningan, masukkan bancuhan rempah. Tutup periuk seketika.




6| Tunggu sehingga pecah minyak.




7| Masukkan ikan, dan tutup periuk seketika.




8| Masukkan kacang bendi, tutup semula periuk dan biarkan kacang bendi kelihatan sedikit layu.




9| Tuang lebihan santan yang telah diperah sedikit asam jawa ke dalamnya.




10| Tunggu sehingga mendidih. Masukkan garam dan serbuk perisa Ajinomoto secukup rasa. Kacau rata.



11| Gulai/kari ikan siap untuk dimakan! ; D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...