1stheader

1stheader

headerkm

headerkm
Showing posts with label Light. Show all posts
Showing posts with label Light. Show all posts

Monday, August 22, 2011

#18: Kuih Sagu

Ada jugak orang panggil Kuih Telur Katak.


Bahan-bahan:

Sagu (Direndam dan ditapis)
Air
Gula
Pewarna
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara:

1| Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula. Kemudian masukkan pewarna. Kacau sehingga rata dan masukkan sagu. Kacau lagi sehingga masak iaitu sehingga sagu tidak lagi kelihatan keras.


2| Masukkan ke dalam bekas lain dan tunggu hingga sejuk. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.


3| Gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.


4| Sedap untuk dinikmati ketika masih sejuk. :D


** Biasanya kuih sagu dibuat warna merah jambu, saja tukar warna hijau plak. ; )

Monday, August 15, 2011

#15: Roti Jala Kuah Durian

Mula-mula sediakan kuah durian terlebih dahulu.


KUAH DURIAN

Bahan-bahan:

Isi durian secukupnya
Tepung gandum
Air
Gula
Garam
Santan
Daun pandan

Cara-cara:

1| Masukkan daun pandan dan isi durian ke dalam periuk.


2| Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk bersama gula dan tuang santan.


3| Bancuh dan kacau kesemuanya. Semasa membancuh, masukkan sedikit garam supaya kuah menjadi lebih lemak.


4| Masak bancuhan tersebut hingga mendidih.

** Kuah durian ni juga boleh dimakan dengan roti putih.


ROTI JALA

Bahan-bahan:

Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Garam
Pewarna Kuning
2 biji Telur
Air
Daun pandan (Untuk menyapu minyak pada kuali)

Cara-cara:

1| Masukkan tepung gandum, garam, pewarna kuning dan telur ke dalam bekas. Bancuhkan dengan air. Pastikan tidak terlalu pekat.


2| Tapis bancuhan yang telah sebati. Tujuannya untuk mengasingkan ketulan-ketulan yang terdapat dalam bancuhan.


3| Panaskan kuali. Sapu minyak pada kuali menggunakan daun pandan.


4| Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala, dan tiraikan di atas kuali. Alihkan ke bahagian sebelah lagi. Setelah garing, angkat dan lipat atau gulung roti jala tersebut.


5| Siap untuk dinikmati! :D


** Roti jala juga boleh dinikmati bersama kuah kari.

Friday, August 5, 2011

#10: Buah Melaka

Buah Melaka, atau sesetengah orang kat tempat lain panggil sebagai Onde-onde.


Bahan-bahan:

Tepung pulut
Sedikit air kapur
Pewarna hijau
Air
Gula Melaka (Dikacip/dipotong dadu)
Kelapa (Telah diparut)
Garam

Cara-cara:

1| Masukkan tepung pulut, sedikit air kapur, pewarna hijau dan air ke dalam bekas. Gaul hingga sebati.



2| Cubit sedikit adunan tepung, isikan gula melaka ke dalamnya dan gentel hingga bulat. Pastikan saiz tidak terlalu besar sebab ia akan mengembang apabila dimasak.




3| Didihkan air, kemudian masukkan satu-persatu buah melaka yang telah digentel. Apabila telah masak, ia akan terapung sendiri.



4| Gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.



5| Siap! : )



Thursday, August 4, 2011

#7: Cucur Udang

Bahan-bahan:

Tepung gandum
Taugeh
Sayur kucai
Udang kering (Ditumbuk)
Serbuk kunyit
Gula (Supaya tak meletup apabila digoreng)
Garam
Air

Cara-cara:

1| Satukan tepung gandum, taugeh, sayur kucai, udang kering, serbuk kunyit, gula dan garam di dalam bekas.


2| Kemudian masukkan air, bancuh adunan sehingga sebati. Pastikan tidak terlalu lembik atau liat.


3| Panaskan kuali, masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung mengikut saiz yang dikehendaki.



4| Tunggu sehingga garing, dan sedia untuk dihidang! :D



** Enak dimakan bersama kuah kacang! =)


Thursday, July 14, 2011

#2: Cucur Cempedak/Cempedak Goreng

Bahan-bahan:

Buah cempedak
Tepung Beras
1 sudu besar kapur sirih (Supaya lebih rangup)
Sedikit garam
Air

Cara-cara:

1| Masukkan tepung beras, kapur sirih, garam dan air ke dalam besen. Bancuhkan adunan tersebut hingga sebati.



2| Masukkan buah cempedak ke dalam bancuhan tepung. Gaul rata buah dan bancuhan tepung.


3| Panaskan minyak.


4| Masukkan buah cempedak yang telah bergaul bancuhan tepung ke dalam kuali panas. Masak sehingga buah kuning keemasan/kecoklatan (garing).


5| Siap sedia untuk dihidang! ; )


* Bancuhan yang sama juga dapat digunakan untuk menggoreng pisang, ubi dan apa-apa buah yang boleh digoreng. = )




Wednesday, July 13, 2011

#1: Pancake

Bahan-bahan:

2 biji telur
6 sudu besar gula
6 sudu besar tepung gandum
Marjerin
Sedikit esen Vanilla

*Hidangan: 4 keping

Cara-cara:

1| Asingkan telur putih dan telur kuning. Pukul telur putih sehingga kembang, masukkan gula dan pukul sehingga gula hancur.

2| Masukkan telur kuning dan pukul hingga sebati.


3|Masukkan tepung yang telah diayak. Pukul dan masukkan sedikit esen Vanilla.


4| Panaskan kuali, masukkan sedikit marjerin ke dalam kuali. Kemudian masukkan adunan yang telah siap dibancuh mengikut ketebalan yang dikehendaki.


5| Terbalikkan supaya kedua-dua bahagian masak. Siap untuk dihidang!


* Boleh dinikmati dengan chocolate syrup, blueberry filling, maple syrup, atau apa saja yang sesuai. = )

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...